Thursday, February 12, 2009

Kerja Bengkel - Pewarna Asli Indigo (part 2)

Proses pertama itu gagal...! Celupan dari air peraman indigo yang pertama itu hanya menghasilkan capuk-capukan kelabu tawar. Indigo itu rupanya telah basi dan mati samasekali. Ianya sungguh mengecewakan. Aku pasti ada beberapa elemen yang telah aku ‘terlupakan’ dalam proses ini. Mujurnya aku tidak mencantas kesemua pokok indigo untuk tujuan itu.

Maka..hari berikutnya aku mencantas lagi saki-baki beberapa batang dari pokok indigo. yang kurus2 saja yang tinggal. Daunnya agak kecil tumbuh diatas tanah yang tak berapa subur disekitar bengkel. Kali ini aku bekerja dengan cermat. Setiap langkah aku susulkan dengan rujukan yang ada terutama nota dari Shyamala Shiveshvarkar. Elemen masa sangat penting dalam proses ini. Aku tak boleh terlambat atau terlalu cepat dalam menjangka waktu pemeraman dan celupan. Sukatan air juga penting. pHnya harus tepat. Alkalinya harus selaras utk proses pencelupan nanti.

Seperti yang pernah aku lihat pakar dari Bangladesh ‘menjaga’ indigonya. Dari Warna dan bau dia sudah tahu samada masanya tepat atau tidak (aku belum sampai ke tahap itu..mungkin suatu hari nanti...). Malah mereka mempunyai adat dan pantang-larang dalam menghasilkan indigo. Dari waktu menuai indigo hinggalah adat pemeraman. Beras ditabur kedalam kolam peraman dengan mantera2 tertentu – ‘superstitions’ mengikut cara mereka. Apa pun aku pasti perkara2 yang berkaitan dengan beras dan beberapa benda lain ada kaitan dengan proses saintifik yang berinteraksi dengan organisma unik ini. Malah mengikut Aditi De penulis dari Bangalore itu - sains dan kepercayaan ‘superstition’ itulah yang membentuk propagasi mengenai Indigo menjadikan ianya ulung sebagai suatu warna. Malang sekali semasa diIndia dulu aku tak bertanyakan dengan sungguh2 tentang perkara itu pada Madam Sentila.

...rasanya sudah tiba waktu utk mencuba kali kedua. Buih2nya tak bergerak lagi. Baunya kini agak lembut. Warna airnya kuning kehijauan. Dengan lafaz Bismillah...kain dicelupkan. Direndam rata sepenuhnya. Dikacau2 perlahan. Kalau proses penghasilan ‘vat’, musuh utama adalah pengoksidaan. Udara yang masuk kedalam vat indigo akan melemah dan mematikannya (macam proses buat tapai sedikit-sebanyak). Kerna itu aku melihat vat indigo dalam tempayan sesetengahnya ditanam didalam tanah dengan permukaannya tak kurang dari beberapa inci saja dari tutup tempayan.

Setelah cukup masanya (mengikut rasa), kain diangkat perlahan2 sambil dilurut dari hujung kehujung kain. Titisnya harus dekat dengan permukaan air indigo...aku tak mahu ia ‘mati’ dengan cepat. Sekarang ‘magik’nya bermula – kain putih tadi kini berwarna agak kehijauan. Udara kini mula berinteraksi dengan kain celupan itu, dibuka lepas dan dikibar2kan (pengudaraan) beberapa minit. Aku mula tersenyum. Perlahan2 indigo menjelmakan diri diatas serata kain. Hue pada kain mula mengalami perubahan. Kehijauan tadi secara semulajadi perlahan-lahan bertukar menjadi biru...biru!! (tampak agak turquoise). Dalam basahnya...aku melihat warna kain itu begitu seksi sekali. Sangat merangsang mata dan menghiburkan. Setelah hampir 20 minit aku biarkan indigo menetap betul2 dipermukaan kain...bila sudah kering, hue birunya sedikit berubah dan barulah ianya dibasuh. Dapatlah sudah warna biru dari alam semulajadi. Dari daun indigo (indigofera tinctoria), Ada sejenis lagi daun indigo dipanggil pokok Tarum/Nila (Strobilantus Flacidifolia). Dengarnya banyak diSarawak.

Sekarang...celup dengan warna kunyit...sudah ada kombinasi warna - putih, hijau dan biru.

13 comments:

Anonymous said...

wow..it makes me want to stop by your workshop if i go to pahang

Sulela said...

Dah berjaya ye! Tahniah! Tahniah!(sambil tepuk tangan). Memang menakjubkan!

Sekali gagal tak bermakna gagal buat kali kedua, kan...:)


p/s: warna biru memang seksi...errrr itu memang pendapat saya sejak dari kecil...hehehe

Zehann ur Rakhie said...

tq..tq..

Stella - bila2 nak drop by inform le..

&

Sulela - Indigo...once the colour of kings, now king of colours!!!

Anonymous said...

Zehan, tq atas jemputan.. nnt nak drop by bgtau kat sini gak ker? singgah dan suprise kan bleh x? hahaha

Zehann ur Rakhie said...

stella..aku ni keje kadang pakai batik sarung je...kang anta yang surprise...!

Anonymous said...

hahaha.. ok, nak tanya.. zehann, buku jenis apa yang awak baca?

Zehann ur Rakhie said...

stella - tenguk mood. macam2 buku adaa...

Anonymous said...

RAAH diperkenalkan olh kakak sy.katanya best dan ada 2 buku.terpaksa lak minta MPPH orderkan dua2 buku sekali (RAAH dan VAMPHRA) pas tu lak ada GAPURA.baru jer habis best gak.apa perkembangan terbaru sekarang?

Zehann ur Rakhie said...

keje kebun..

Unknown said...

Hi Zehann,

Saya teringin mencari pokok indigo ini. Bagaimana rupanya? Tujun untuk membuat kajian. TQ. Mark

Zehann ur Rakhie said...

Mark, gambar pokok indigo ada dlm blog ni - Kerja Bengkel Pewarna Asli Indigo Part 1. ada spesis lain yang akan2 rupanya tapi bukan indigo. utk keterangan lanjut sila email saya -
alrakhie@gmail.com

TQ.

masmayang said...

salam bro ! i'm so happy once look at u since 1992 mcm dulu jugak ! so anyway thanks everything haa! i tak sabar nak jumpa u discuss about our planning project ok!takecare!

Nurul Naqiah Binti Mohd Zuki said...

salam..
hye, macammana saya nak f0ll0w bl0g ni.. anyway, selamat hari raya aidilfitri to all...

peminat kamu..

Selamat Datang

Selamat Datang ke blog Zehann ur Rakhie.

Memperkatakan / membincangkan mengenai segala yang berkaitan dengan karya, dan kegiatan serta aktiviti terkini beliau dari masa ke semasa.

Sepatah dua kata dari Zehann ur Rakhie :-

Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada sekalian peminat dan pembaca karya saya. Terima kasih kepada Tuan Halim yang membenarkan saya berkongsi ilham dan kisah dan mungkin kepada lebih ramai lagi. Penghargaan saya juga kepada penulis-penulis blog yang pernah membuat ulasan-ulasan terhadap karya saya terutama kepada sdr Fadz, Khar, Rose Harissa, Stella Sakuragi, Qunia,Knew rule dll. Terima kasih kepada pengendali blog ini, sdr saya - Sirna Salam kerna membantu menjayakan blog ini dengan sokongan rakan-rakan penulis.

Sekian Terimakasih,

Zehann ur Rakhie.

Terima kasih kepada peminat dan para pemgunjung laman blog ini dan berharap akan mendapat sokongan. Secara peribadi, saya amat berharap agar karya beliau terutama R.A.A.H dapat di terbitkan dengan lebih banyak dan mungkin akan diterjemahkan ke bahasa Inggeris secepat mungkin agar ianya dapat dikongsi oleh seluruh pembaca dimana sahaja lebih-lebih lagi yang sentiasa mengikuti kisah-kisah Vampire dan cerita seram/epik.

sekian,

Sirna Salam