Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah kepada semua pengunjung blog dan semua muslimin dan muslimat. Semoga tahun baru ini memberi semangat baru untuk kita semua memperbaiki azam dan kekurangan dan kesilapan sepanjang tahun ini.

Diharap pada tahun baru ini kita akan beroleh kejayaan dan keberkatan disamping kita sentiasa berusaha untuk meningkatkan amalan kita untuk menjadi insan yang lebih berguna dan berjaya, dan dapat memberi manfaat pada semua.

sekian

Wassalam

Sirna Salam

Tuesday, December 23, 2008

rasa-rasa korang kenal tak?

aku memang minat gak citer cam underworld, ( obviously ) yang pasal..... berkaitan ngan vamp/dracule stuff...termasuk jugak hero favourite vamp slayer si Van Helsing tu... tp aku tak sure laaa mamat tu how dia strt jd vamp slayer..

sbb aku miss early chapter...( comic dia )

so anyway... bila aku baca raah ( vamprha ) tu... aku cam terperasan la satu character dlm tu yg kemudian dia stay kat eropah untuk meneruskan perjuangan dia untuk bunuh saki baki vamp kat eropah... mebi tu laa kot Van helsing yg sebenornye...

ye laa...cam biasa kita tahu....nama melayu Jenap bila dah kat London ...tukar jadi Janet... kan?

korang rase? kalu aku tukar nama Van Helsing kpd nama Melayu jd apa ek? haha
ooo...utk pengetahuan korang...nama sebenar si Van tu...

Abraham Van Helsing...

hahah...

- Sirna Salam

Monday, December 15, 2008

STOK NOVEL Zehann ur Rakhie

Untuk pengetahuan semua pengunjung dan pembaca, saya dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa saya masih mempunyai stok novel Zehann :-

Gapura
RAAH I - Kelahiran Mufrad.
RAAH II - Vamprha.


Kepada seseiapa yang berminat untuk mendapatkannya dan sukar utk mendapatkannya di kedai boleh membuat pesanan melalui email kepada saya dahulu.

Semua pesanan novel tersebut akan ditandatangani sendiri oleh saudara Zehann.


Sekian,

Sirna Salam

Asal usul segala ceritera mengenai Vampires

Sedang ramai kita seolah-olah mengagungkan cerita dari barat mengenai kisah-kisah vampire, dracula dsb, tidakkah kita mengetahui atau terfikir bahawa sebenarnya kesemua cerita tersebut boleh atau sebenarnya harus dikaitkan dengan kisah RAAH?

dan apa yang lebih memeranjatkan adalah kerana kita pun sebenarnya mempunyai "epic myths" yang berlaku sebelum daripada kisah dracula yang tersohor itu ( bram stoker) ?

dan ini menjadi persoalan yang boleh saya katakan "besar" iaitu....

Mengapa ianya tidak di perluaskan dan mendapat perhatian yang selayaknya?

kalau nak fikirkan....raja bersiong tu kisah dia start bila ek?

hmmm.....tua tu....

sekurang kurangnya nak juga aku tgk citer "kita" ni akan kuaar la macam interview with vampire ker.....bram stoker....nak lagi best...mebi hybrid cam underworld tu...

korang leh imagine Raah punyer fighting esok?

hehe...

- Sirna Salam

Selamat Datang

Selamat Datang ke blog Zehann ur Rakhie.

Memperkatakan / membincangkan mengenai segala yang berkaitan dengan karya, dan kegiatan serta aktiviti terkini beliau dari masa ke semasa.

Sepatah dua kata dari Zehann ur Rakhie :-

Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada sekalian peminat dan pembaca karya saya. Terima kasih kepada Tuan Halim yang membenarkan saya berkongsi ilham dan kisah dan mungkin kepada lebih ramai lagi. Penghargaan saya juga kepada penulis-penulis blog yang pernah membuat ulasan-ulasan terhadap karya saya terutama kepada sdr Fadz, Khar, Rose Harissa, Stella Sakuragi, Qunia,Knew rule dll. Terima kasih kepada pengendali blog ini, sdr saya - Sirna Salam kerna membantu menjayakan blog ini dengan sokongan rakan-rakan penulis.

Sekian Terimakasih,

Zehann ur Rakhie.

Terima kasih kepada peminat dan para pemgunjung laman blog ini dan berharap akan mendapat sokongan. Secara peribadi, saya amat berharap agar karya beliau terutama R.A.A.H dapat di terbitkan dengan lebih banyak dan mungkin akan diterjemahkan ke bahasa Inggeris secepat mungkin agar ianya dapat dikongsi oleh seluruh pembaca dimana sahaja lebih-lebih lagi yang sentiasa mengikuti kisah-kisah Vampire dan cerita seram/epik.

sekian,

Sirna Salam