Tuesday, December 23, 2008

rasa-rasa korang kenal tak?

aku memang minat gak citer cam underworld, ( obviously ) yang pasal..... berkaitan ngan vamp/dracule stuff...termasuk jugak hero favourite vamp slayer si Van Helsing tu... tp aku tak sure laaa mamat tu how dia strt jd vamp slayer..

sbb aku miss early chapter...( comic dia )

so anyway... bila aku baca raah ( vamprha ) tu... aku cam terperasan la satu character dlm tu yg kemudian dia stay kat eropah untuk meneruskan perjuangan dia untuk bunuh saki baki vamp kat eropah... mebi tu laa kot Van helsing yg sebenornye...

ye laa...cam biasa kita tahu....nama melayu Jenap bila dah kat London ...tukar jadi Janet... kan?

korang rase? kalu aku tukar nama Van Helsing kpd nama Melayu jd apa ek? haha
ooo...utk pengetahuan korang...nama sebenar si Van tu...

Abraham Van Helsing...

hahah...

- Sirna Salam

8 comments:

stellaSakuragi said...

aa..kenal..
Ibrahim Wan Hashim=Abraham Van Helsing,
sidekick Massurya masa kat India... bagus ekk.. kiranya zehann "menakhluk" dengan ceritanta... very rare..

Kalamtimur said...

yea, you got it

Sayanghasni @ Yus said...

ha..ha...
saya pun nak tumpang gelak..
apa kata buat cerita pasal dia pula.
menarik rasanyer...
memang sah penulis ni peminat cerita horror kan?

Zehann ur Rakhie said...

Yus..idea tu memang ada tapi mungkin agaknya dalam bentuk lain pula..jika ruang itu terbuka.

StellaSakuragi said...

saya sokong!!!!!!!!!

Zehann ur Rakhie said...

TQ Stella!!!!!!

fadz said...

haha, ibrahim wan hashim = Abraham van Hesling, mmg kena!!! now, dunia RAAH dah jadi sgt luas! lepas ni kena buat ensiklopedia kompedium RAAH.

Zehann ur Rakhie said...

Fadz, jika hang serius dengan kenyataan itu maka aku...terharu...

Selamat Datang

Selamat Datang ke blog Zehann ur Rakhie.

Memperkatakan / membincangkan mengenai segala yang berkaitan dengan karya, dan kegiatan serta aktiviti terkini beliau dari masa ke semasa.

Sepatah dua kata dari Zehann ur Rakhie :-

Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada sekalian peminat dan pembaca karya saya. Terima kasih kepada Tuan Halim yang membenarkan saya berkongsi ilham dan kisah dan mungkin kepada lebih ramai lagi. Penghargaan saya juga kepada penulis-penulis blog yang pernah membuat ulasan-ulasan terhadap karya saya terutama kepada sdr Fadz, Khar, Rose Harissa, Stella Sakuragi, Qunia,Knew rule dll. Terima kasih kepada pengendali blog ini, sdr saya - Sirna Salam kerna membantu menjayakan blog ini dengan sokongan rakan-rakan penulis.

Sekian Terimakasih,

Zehann ur Rakhie.

Terima kasih kepada peminat dan para pemgunjung laman blog ini dan berharap akan mendapat sokongan. Secara peribadi, saya amat berharap agar karya beliau terutama R.A.A.H dapat di terbitkan dengan lebih banyak dan mungkin akan diterjemahkan ke bahasa Inggeris secepat mungkin agar ianya dapat dikongsi oleh seluruh pembaca dimana sahaja lebih-lebih lagi yang sentiasa mengikuti kisah-kisah Vampire dan cerita seram/epik.

sekian,

Sirna Salam