Saturday, January 23, 2010

S T R 3 : Rentak Miyazaki, gigil di KAPIC dan Togel Aso-san.



Dari awal petang tadi tiba diBandar Miyazaki, duduk2 dikaki lima memerhati orang lalu-lalang sambil menghela asap rokok Jepun yang kurasa tawar kosong (ikhsan dari Sakae san si pemandu). Aku sebenarnya kecewa kerna gagal mengambil gambar2 tebing tinggi pesisiran laut sebelum tiba dibandar ini (dek terlelap dalam perjalanan). Hanya sempat merakam sekeping dua lanskap taman perhentian. Terlepas peluang menangkap rasa diperkampungan pantai timur Kyushu.









Rentak nafas bandar Miyazaki kurasa tidak jauh beza dengan sebuah bandar diYilan Taiwan dulu (entah kenapa itu perbandingannya...). Bandarnya santai tenteram kecuali mungkin didalam dewan Pusat Seni Miyazaki dimana hingar promosi dan persembahan tarian sedang berlangsung, menggirang peserta Jepun dengan lagu tari tradisional Melayu. Tapi sarafku tika itu agak layu.




Esoknya pagi2 lagi deriaku menyala. Kemahuan yang seolah ingin melampias kekecewaan semalam. Namun kawasan penginapan sekitar agak terbatas menjadikan rasa itu sedikit hambar. Dihujung garis muara kelihatan bukit-bukau dan gunung-ganang. Aku bermenung lama disitu.




Perjalanan bersambung ke bandar Kushima melewati sebuah pekan yang begitu sunyi. Aku hairan, kemana para penghuninya? Masih tidurkah? Tapi itu bukan ciri orang Jepun. Aku bertanya pada Sakae san...dia pun tak tahu. Disitu tersergam sebuah istana lama yang juga sangat sepi namun berjaga kemas. Entah apa sejarah istana itu tak sempat aku cungkil tapi ia mengingatkan aku tentang shogun2 dalam filem.







Di puncak bukit Kushima Farm Environmental Center sedang berlangsung sebuah karnival perladangan. Ada macam2 buah, sayuran dan makanan dari hasil pertanian. Disuatu sudut padang ada pertandingan Sumo antara sekolah2. Pertama kali aku melihat perlawanan Sumo depan mata (budak2 sekolah) dan kelucuan drama yang sempat aku rakam. Kagum melihat ketahanan kulit budak2 itu menahan sejuk.












Tiba diKanoya – Kagoshima lewat petang dan bermalam di KAPIC (Kagoshima Asia Pacific Intercultural Countryside) Center -Takakuma. Sebuah organisasi pertukaran dan kerjasama budaya antara negara2. Sukarelawan (kebanyakannya pelajar2) dari merata negeri Jepun datang kesini untuk menjalani dan menghadiri seminar2 serta kursus2 dan seterusnya melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa yang menyerap kepelbagai bidang. KAPIC Center terletak dikawasan tinggi dikelilingi hutan. Hawa sejuknya menggigit ketulang. Gigiku berlaga tak berenti.

Disini bercampur dengan peserta dari pengusaha2 Homestay, perhotelan dan beberapa wakil institut dan kelab2. Kami benar2 bagai terlantun kealam asrama yang cukup tinggi disiplin dan peraturan. Tidak dibenarkan merokok didalam kawasan penginapan. Tidak dibenarkan berkasut dalam premis (selipar disediakan). Tidak dibenarkan menggunakan dapur selepas jam 9pm (pandai2 la cari jalan masak mee segera kalau lapar), tiada air panas selepas jam 8pm! (tiba jam 6.30 dan briefing sampai jam 7.30! – mengarut!) dan beberapa lagi peraturan yang masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Puak kami membantah perkara air panas dan atas keprihatinan pengurusnya dapat menggunakan air panas hingga jam 10pm...lega).

Malam itu kumpulan perokok mula mencari port dikawasan senggang antara bangunan dalam kesejukan diluar. Tangan dan bibir naik kebas beku. Kami berpandangan...dan ketawa. Perlahan2 kami mencari kehangatan dengan cerita dan pengalaman masing2. Beberapa sukarelawan lain juga datang merokok disitu.

Aku berkenalan dengan Tomoko, seorang gadis dari Sapporo – pulau Hokaiddo yang indah itu. Sambil merokok dia menceritakan pengalamannya sebagai pelatih sukarelawan selama dua tahun diAfrika (tak ingat dimana) tahun lepas. Apa yang dibuatnya disana? Mereka membantu kanak2 dikampung2 pinggir bandar dan pendalaman dengan mewujudkan interaksi dan aktiviti budaya dan pembelajaran (bahasa umumnya). Katanya tidak lama lagi dia akan ke Nepal pula dalam usaha yang sama. Aku belum pernah bertemu dengan orang2 begini. Mendengar perjalanan dan gerak-kerjanya yang belum putus ( dia belum pernah balik ke Sapporo sejak terlibat dengan KAPIC) membuat aku termenung cuba memproses gambaran2 betapa lumayannya pengalaman gadis yang baru berusia 23 tahun ini.

Awal pagi sebelum sarapan, aku melilau mencari shot kenangan di KAPIC. Keindahan sekitarnya membening kata.














Aku tak sedar rupanya dalam jadual perjalanan ada lawatan ke pergunungan Aso – Kumamoto. Hati melonjak dan berdebar. Setakat ini aku hanya melihat lanskap pergunungan dari jauh...kehijauan, kebiruan...kekuningan!



Tempat merokok ini begitu ganjil dan unik dan harus dikongsi-pandang...perhentian sebelum naik ke Gunung Aso.



Jalur dakian melingkar dan meliuk dengan curam dan gaung beberapa kaki dari jalan. Lama mendaki tapi tak jemu oleh permandangan yang sangat asing. Belum pernah aku melihat gunung togel tanpa pokok2. Hanya rumput dan lalang. Suhu mencecah 4°c apabila tiba dipuncak. Kabus tebal laju benar berlari2, turun naik dari dataran2 tinggi dan rendah, bercantum..berpecah dan bercantum lagi. Pandangan terkabur dan mencelah sekejab2. Rupanya rasional disebalik gunung togel ini ialah bila turun salji nanti (barula faham). Gunung berapi ini sebenarnya masih aktif namun tatkala itu kraternya bagai tasik hitam ( saat itu aku terbayang kisah The Hound of Baskervilles – Sherlock Holmes). Kemudian...hujan idea. Aku lari balik ke bas, ambil buku nota dan terus mencatit.














Sunday, January 10, 2010

S T R 2 : Kalut Tenjin-Hakata


Hari itu ada persembahan budaya di NHK/ Pusat Penyiaran Kyushu dan Pelancaran Promosi Homestay di Elgala serentak dengan Festival Perusahaan Pertanian Fukuoka. Tempat itu akan sesak dan aku telah melihatnya beberapa kali, kerna itu apabila lapang dari tugas pantas saja aku mengambil peluang meninjau kepelusuk kota yang belum pernah aku terokai. Berjanji dengan bang Yakub bertemu semula diruang legar Elgala jam enam petang nanti (setelah tamat persembahan). Bagiku lebih wajar merakam dan mengamati denyut nadi dan getar semulajadi jalanan Tenjin.







Memandang penduduk kota yang santai berbasikal samada untuk ke pejabat atau sekadar aktiviti luar memang agak asing dan sedikit lucu pada kebanyakan mereka yang pertama kali melihat bandar Jepun. Asing kerna riadah itu sendiri sudah jauh bagi kebanyakan orang kita samada dikampung atau bandar. Lucu kerna kita melihat lelaki dan wanitanya meriah berfesyen mengikut trend dan musim dengan kot atau jaket labuh, kasut berkilat dan but tinggi dan berbasikal saja ke pejabat atau kemana2. Rasionalnya mereka boleh bersedemikian kerna cuaca dan persekitarannya.


Aku percaya jika cuaca diMalaysia jatuh sekitar 10-15°c harus ramai kita akan boleh berbasikal juga. Apatah lagi dengan persekitaran yang nyaman lantaran bersih terjaga.

Perkara2 ini pernah terbincang bersama beberapa rakan mengenai teori kemajuan yang membezakan antara negara maju dan negara membangun atau yang dikatakan negara ke3. Adakah cuaca (hawa) menjadi faktor penyumbang kepada perbezaan ini? Pekerja bilik hawa dingin lebih maju? Para pekebun sayur dikawasan tinggi lebih rajin? Aku sendiri mampu berkebun dari pagi terus kepetang jika cuaca redup tapi kalau panas, jam 10 pagi dah lelah (tapi itu aku).








Beberapa perkara...aku jarang melihat lori2 berasap hitam masuk ke jalan2 tengah bandar dikota2 Jepun. Parkir ditepi2 jalan bangunan mengangkut barang2 masuk kekedai kecuali ditempat2 khas yang tersedia tersorok dari penjuru pandangan. Begitu juga dengan bingit enjin2 remp-it motosikal berpelesir melengking meracun deria.




Dengan sedikit akuran pada sistem itu maka perubahan besar telah berlaku iaitu kota menjadi begitu lega dan lapang nafasnya. Tentu hal begini terkesan pada pada pemikiran dan saikologi para penghuni yang sayangkan kota mereka.


Aku berkesimpulan bahawa jika deria teracun oleh keserabutan pandang-dengar maka pemikiran (tanpa sedar) akan terkacau dari sifat kerjanya. Bayangkan jika keserabutan itu berpanjangan dan menjadi lali sekaligus menyelinap mengkorup adab dan akal-budi!



Bandaraya Fukuoka sebenarnya tergabung dari dua kota iaitu Hakata dan Fukuoka sendiri. Hakata dulunya adalah daerah dimana terletaknya pelabuhan dan pusat perdagangan manakala Fukuoka adalah kawasan kediaman bagi ramai para samurai.


Sejarah menarik yang dapat aku nukil dari maklumat tempatan ialah saat apabila dua kota ini hendak disatukan oleh ketua2 tadbir dan Hakata dipilih sebagai nama kota, sekumpulan samurai telah menggempur perjumpaan tersebut dan memaksa mereka memakai nama Fukuoka sebagai menghormati Daimyo (pemerintah zaman feudal) pertama mereka dari Okayama di wilayah Chikuzen ratusan tahun dahulu (Fukuoka adalah nama tempat lahir Daimyo tersebut). Kota lama Fukuoka kini adalah merupakan kawasan utama kompleks membeli-belah di Kyushu. Bagaimanapun ada bahagian yang masih lagi dirujuk sebagai kawasan Hakata dan aku mengetahuinya melalui pengalaman yang sedikit haru hari itu.

Dulu tatkala pertama kali berada ditengah kota ini, aku agak hairan mengapa tiada kesesakan dijalanraya? tiada orang berpusu-pusu lewat kakilima? Rupanya jawaban itu berada disepanjang bawah jalan utama Tenjin – Watanabe – Dori.





Subway dan Shopping Arcade bawah tanah Tenjin adalah yang terpanjang diKyushu. Dari bangunan2 kiri-kanan jalan utama kita boleh turun ke area bawah tanah ini dan menyusur kedai2 beraneka jualan. Buku2, butik dan kedai2 fesyen, restoran, eletronik dsb.


Aku turun ke subway Nishitetsu Tenjin Station untuk lari dari kesejukan lantas bertembung keramaian laluan bawah tanah ini (patut la diatas lengang).








Disini aku berjumpa tempat yang paling sesuai untuk aku melepas penat – smoking room. Aku melihat kebanyakan orang Jepun ini kalau merokok sedikit lain caranya. Mereka seakan memberi sepenuh tumpuan untuk menghabiskan sebatang rokok, kurang cakapnya walaupun berteman. Dimana2 pun diJepun aku mendapati pasti akan tersedia tempat khas untuk perokok



Setelah agak lama diarked bawah tanah, aku naik atas kejalan besar dan mendapati cuaca sudah bertukar, sedikit mendung dan sejuk hawanya bagai menggigit kulit. Aku agak yakin yang aku masih berada dijalan besar tenjin lalu mengamati nama2 bangunan sekitar kononnya sebagai tanda jalan kembali nanti.




Kaki melangkah dalam asyik...mencuri masa dalam diam. Mencari entah apa...romantis. Cahaya yang semakin menguncup...perlahan geraknya. Khayal suasana.



Lorong2 kecil belakang bangunan menangkap misteri dengan kesuraman warna sunyinya. Susunan kedai2 kecil dan warung2 Ramen yang mula bernafas dengan cahaya malap tersulam bentuk-hias tradisi bagai memujuk rasa melodrama malah sedikit erotik...dan aku semakin jauh.


Pengalaman semacam itu buat aku terkenang zaman kanak2 diCheras awal tahun 70an dulu. Dari kawasan rumah aku akan turun berjalan melewati kebun2 sunyi hingga tiba dikawasan cina lantas menyusur lorong2 kelam kedai cina...mendengar ketuk bunyi tukang2 dan suara berentet mesin jahitan dalam dalam kedai yang muram. Bauan colok yang tajam menyengat. Apek2 tua akan memandang hairan melihat budak lelaki berseorangan dikawa
san mereka. Senja baru pulang dan dimarahi emak.









Sedar2 sudah jam 5! Ada satu jam lagi untuk kembali ke Elgala. Bila ku pandang kesekeliling, tak nampak lagi bangunan2 tinggi tadi! Dimana aku? Cari jalan besar...langkah jadi laju. Aku buat kira2 dalam kepala – aku berjalan sudah beberapa jam dan kini mahu kembali dalam masa satu jam?!!

Dijalan besar aku susur terus jalan lurus sambil mata cuba mengecam bangunan2 yang aku lalui tadi. Tak satu pun yang dapat kukenal. Semuanya sudah berbeza. Warna sudah lain. Bentuk2 bangunan seakan saja semuanya. Was-was, aku bertanyakan pada orang yang lalu-lalang. Ah! Tak boleh berbahasa Inggeris pula! Seorang-dua pun begitu walaupun gayanya cuba menolong. Aku jalan terus. Rupanya jalan besar itu sudah bercabang dan bersimpang2. Yang mana satu pula harus aku ikut. Bukankah yang ini? Tapi jalan itu pun nampak serupa...! dalam sejuk aku berpeluh. Jam 5:20. sudah senja benar. Dan aku teringat yang 3G ku tak aktif sejak aku turun diAirport. Aku tak mahu bang Yakub risau dan kecoh aku sudah hilang dikota Jepun.


Jalan lagi...kaki sudah lenguh benar rasanya. Dipersimpangan jalan besar aku bertanyakan pada seorang wanita. Aku katakan aku mahu ke Daimaru (nama bangunan yang ku ingat semasa turun ke subway) dan rakanku menunggu untuk pulang jam 6 nanti. Dia hanya faham Daimaru dan laju membalas dalam bahasa Jepun membuat aku terkebil-kebil. Melihat aku tidak faham, dia bertanya pada seorang lagi wanita yang lalu disitu. Mujur...boleh berbahasa Inggeris. Rupa-rupanya aku sudah jauh masuk ke area Hakata sedangkan Daimaru berada diTenjin beberapa kilometer dari situ. Memahami yang aku harus berada di Elgala jam 6 sedangkan waktu sudah menunjukkan jam 5:40, dia pun mengajak aku berlari kesuatu arah. Melihat dia cemas, aku pun cemas sama. Kami menyeberang jalan2 besar dan berlari anak beberapa lama hingga tiba disuatu penjuru jalan. Disitu dia menunjukkan jalan turun ke Subway.


Naik tren saja untuk terus ke Daimaru katanya. Aku ucap arigato berkali2 dan pantas turun. Tiba dibawah aku nampak kedai2 saja. Ah sudah! Dimana pula hendak beli tiket. Bertanya lagi...dan berlari lagi hingga ke kaunter. Aku tak ingat langsung nama station yang dekat dengan Daimaru, mujur mereka kenal benar Daimaru dan petugas kaunter yang melihat aku kalut tak tahu cara membeli tiket terus keluar dari kaunternya membelikan aku tiket dimesin dengan ¥200.

Aku tiba di Elgala jam 6:03 minit dan berselisih dengan bang Yakub yang mahu ke bilik air.

“ kemana kau?” tanyanya selamba. “ round dekat2 sini je” balas ku. Dalam bilik air, aku basuh muka berkali2 walaupun peluh telah kering.



Selamat Datang

Selamat Datang ke blog Zehann ur Rakhie.

Memperkatakan / membincangkan mengenai segala yang berkaitan dengan karya, dan kegiatan serta aktiviti terkini beliau dari masa ke semasa.

Sepatah dua kata dari Zehann ur Rakhie :-

Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada sekalian peminat dan pembaca karya saya. Terima kasih kepada Tuan Halim yang membenarkan saya berkongsi ilham dan kisah dan mungkin kepada lebih ramai lagi. Penghargaan saya juga kepada penulis-penulis blog yang pernah membuat ulasan-ulasan terhadap karya saya terutama kepada sdr Fadz, Khar, Rose Harissa, Stella Sakuragi, Qunia,Knew rule dll. Terima kasih kepada pengendali blog ini, sdr saya - Sirna Salam kerna membantu menjayakan blog ini dengan sokongan rakan-rakan penulis.

Sekian Terimakasih,

Zehann ur Rakhie.

Terima kasih kepada peminat dan para pemgunjung laman blog ini dan berharap akan mendapat sokongan. Secara peribadi, saya amat berharap agar karya beliau terutama R.A.A.H dapat di terbitkan dengan lebih banyak dan mungkin akan diterjemahkan ke bahasa Inggeris secepat mungkin agar ianya dapat dikongsi oleh seluruh pembaca dimana sahaja lebih-lebih lagi yang sentiasa mengikuti kisah-kisah Vampire dan cerita seram/epik.

sekian,

Sirna Salam