Saturday, March 28, 2009

Bicara ngan Fukui san.

Semalam aku dipanggil untuk mengajarkan batik kepada 7 pelajar dari Jepun dipremis Hj Shariman (Presiden Homestay Malaysia) diDesa Murni. Gitu-gini menunjukkan cara melukis batik sambil asyik diperhati dan sesekali bunyi kagum keluar dari mulut mereka terutama pelajar perempuan (pelajar lelaki pun sorang je) melihat lorekan lilin dari muncung canting. Kemudian aku menyuruh mereka mencuba sendiri. Pantas dan sekejab saja mereka mengambil peluang mencuba tanpa teragak2 (sikap A+ yang aku akui setelah beberapa kali melalui pengalaman ini diJepun dulu). Masing2 pun berselerak kehalaman taman mencari motif2 lukisan dengan kamera mereka. Bunga Raya dan Melur menjadi pilihan ramai cuma seorang dua menjadikan ayam dan kucing sebagai subjek lukisan.

Sementara itu aku duduk berbual dengan Fukui San (penyelia pelajar) yang berasal dari Fukuoka. Ditempatnya, dia juga adalah penyelia untuk sebuah sekolah iaitu Free School Hakozaki. Mr Fukui boleh sedikit berbahasa Melayu namun perbendaharaannya terhad maka kami lebih bebas berbahasa Inggeris saja. Orangnya mudah tersenyum dan sangat tertarik bila aku kata aku juga seorang penulis.

Perbualan itu bermula sekitar hubungan Jepun – Malaysia dalam konteks kerjasama pelancungan...dan ketika bertukar bisnes kad, aku berminat melihat logo yang tertera disudut kad itu (berbentuk kaligrafi seakan budak mengangkat tangan). Aku tanyakan maksud logo itu dan jawapannya sangat lancar bermula dengan sejarah penubuhan sekolah bebas (sebenarnya sekolah ‘indie’) untuk budak2 bermasalah. Bermasalah bagaimana? tanyaku. Dia menarik nafas seketika dan mula menjelaskan sesuatu yang membuatkan aku agak terkejut. Katanya Jepun tika ini sedang menghadapi suatu permasalahan besar dalam konteks hubungan moral dan pembelajaran dimana ramai remaja dan kanak2 Jepun semakin terkikis dari budaya dan disiplin tradisi Jepun terutama Nippon Seishin (semangat wira Jepun) yang diketahui sangat dipegang oleh orang2 Jepun. Generasi baru Jepun (kesan peningkatan populasi) katanya semakin kuat terbuai oleh arus cara hidup barat (westernizing trend) terutama ‘American style’ (katanya) dan mula meninggalkan budaya2 seperti menunduk hormat dan amalan2 seperti meninggalkan selipar atau kasut ditempatnya. Perkara ini hanya sebahagian kecil dari masalah yang sedang berleluasa (melingkupi pergaulan bebas, dadah, gangsterism, hiburan melampau dsb (terdetik dalam hati – ‘rasanya disini pun macam sama..!’). Aku sedikit pelik kerna semasa diJepun dulu aku pernah melawat sebuah sekolah (rendah dan menengah) dan melihat sendiri disiplin dan aturan sekolah yang cukup mengkagumkan. Dan perkara2 yang disebutkannya itu tak terlihat oleh aku semasa disana dulu (mungkin pandangan itu belum cukup ‘lama’).











Dia mengatakan apa yang aku lihat itu hanya umpama produk promosi yang ‘ditunjuk’ utk orang luar. Memang ada sekolah2 yang baik namun peningkatan kepada yang kurang bernasib baik (berkaitan dengan ekonomi famili) semakin membimbangkan. Golongan2 ini yang terlepas dari mengecap sumber2 yang baik, semakin terdedah kepada ancaman budaya luar dan menjadi semakin ‘liar’. Maka kerajaan Jepun mengambil langkah memberi ‘grant’ kepada NGO Jepun menangani permasalahan tersebut dengan mewujudkan sekolah2 Indie untuk menarik golongan2 tadi kembali kepada nilai2 baik mereka. aku diberitahu kebanyakan sekolah2 indie ini hanya mempunyai 4 org guru yang dibayar gaji manakala hampir 20 orang guru lagi bekerja secara sukarela. Sukarela..!?? Matapelajaran mereka sama seperti sekolah2 lain cuma waktu persekolahan itu sedikit lain – hanya 4 hari seminggu. Antara sebabnya ialah peruntukan masih kecil dan masa guru2 sukarela itu sendiri. Pelajar2 sekolah indie ini juga diajarkan bertani, bersukan, berkomunikasi dan apa2 saja yang dapat menjuruskan kepada sesuatu yang positif.

Ko-kurikulum mereka juga sangat menarik. Sebagai contoh, jika ada pelajar yang berminat untuk belajar main gitar, maka guru gitar akan dicari (sukarela) sebagai memenuhi minat mereka dan sekiranya pelajar tersebut berjaya menjadi seorang pemuzik maka ianya suatu kejayaan besar bagi sekolah indie itu – jelasnya sambil tersenyum puas. Mungkin satu hari aku akan dipanggil mengajarkan batik disekolah2 indie itu nanti katanya lagi sambil tersengih.

Ketika itu aku memandang pelajar2 disitu dengan kerut dahi. Bagai dapat menangkap apa yang aku fikirkan, cepat2 Mr Fukui menerangkan yang pelajar2 ini bukan dari sekolah indie itu. Mereka adalah pelajar2 universiti.

(Fukui san berdiri dikiri berbaju putih)
Sebelum kami berpisah, Fukui san dan pelajar2nya berbaris dan menunduk hormat mengucap arigato gozaimas sensei dan aku membalas hormat mereka.

10 comments:

StellaSakuragi said...

Ya, memang banyak tugas yang aku harus laksanakan, huhuhu.. dan aku ingin melaksanakan apa yang aku impikan - mengubah cara pemikiran.. tapi diri aku sendiri berjayakah?
*muhasabah diri..huhuhu

Sulela said...

Mmmm...rasanya remaja2 Malaysia juga menghadapi masalah yang sama. Patutkah diwujudkan sekolah seperti itu di sini? Terkejut juga...ada guru yang sudi berkhidmat secara sukarela lagi dizaman ni?

Zehann ur Rakhie said...

ya..aku secara jujur terkejut dengan penerangan Fukui san bagai mendengarnya pertama kali. samada kita sedar atau tidak perkara ini sedang rancak berlaku dan ia sebenarnya bukan perkara baru.
guru2 sukarelawan itu patut disanjung tinggi. mrk sangat sayangkan anak2 bangsa mrk - dan begitulah pemikiran bangsa negara maju.

S@Y@NGH@SNI said...

memang betullah penerangan Fukui san tu.
malaysia pun dilanda masalah yang sama. orang timur mula meninggalkan budaya timur untuk ikut budaya barat yang sentiasa berubah,
perlu ada usaha dari rumah lagi supaya kita tidak lupa budaya sendiri...
kadang aku pun lupa...

saat omar said...

Tumpang promote...jom tengok MIMPI adapatasi dari Shakespeare's Midsummer Nights Dream

tarikh: 3, 4 dan 5 April 2009(8.30 malam)
matinee pada 4 dan 5 April (3 petang)

Tempat: lambang Sari, Istana Budaya

Arahan: Prof Jim Connor

bayaran masuk: RM10 dan percuma buku program

lets do it.

fadz said...

salam, tak turun pesta buku KL? saya ada di sana pada 17-19 apr..

Zehann ur Rakhie said...

salam Fadz, InsyaAllah aku harap dapat turun.

StellaSakuragi said...

saya anggap jer awak datang, ok? :)

StellaSakuragi said...

AKU DAH JUMPA ZEHANNNNNNN!!!!! :D

zehann, thanx for coming to the bookfair.. it's been pleasure meeting u...

D'Rimba said...

Saya antara orang yang amat menghormati budaya Jepun penuh nilai tersendiri......Cubalah lihat blog saya ada gabungkan seni tak seberapa saya masih mencuba dengan ilmu yang terhad Melayu dan Jepun.........

Selamat Datang

Selamat Datang ke blog Zehann ur Rakhie.

Memperkatakan / membincangkan mengenai segala yang berkaitan dengan karya, dan kegiatan serta aktiviti terkini beliau dari masa ke semasa.

Sepatah dua kata dari Zehann ur Rakhie :-

Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada sekalian peminat dan pembaca karya saya. Terima kasih kepada Tuan Halim yang membenarkan saya berkongsi ilham dan kisah dan mungkin kepada lebih ramai lagi. Penghargaan saya juga kepada penulis-penulis blog yang pernah membuat ulasan-ulasan terhadap karya saya terutama kepada sdr Fadz, Khar, Rose Harissa, Stella Sakuragi, Qunia,Knew rule dll. Terima kasih kepada pengendali blog ini, sdr saya - Sirna Salam kerna membantu menjayakan blog ini dengan sokongan rakan-rakan penulis.

Sekian Terimakasih,

Zehann ur Rakhie.

Terima kasih kepada peminat dan para pemgunjung laman blog ini dan berharap akan mendapat sokongan. Secara peribadi, saya amat berharap agar karya beliau terutama R.A.A.H dapat di terbitkan dengan lebih banyak dan mungkin akan diterjemahkan ke bahasa Inggeris secepat mungkin agar ianya dapat dikongsi oleh seluruh pembaca dimana sahaja lebih-lebih lagi yang sentiasa mengikuti kisah-kisah Vampire dan cerita seram/epik.

sekian,

Sirna Salam