Monday, December 15, 2008

Asal usul segala ceritera mengenai Vampires

Sedang ramai kita seolah-olah mengagungkan cerita dari barat mengenai kisah-kisah vampire, dracula dsb, tidakkah kita mengetahui atau terfikir bahawa sebenarnya kesemua cerita tersebut boleh atau sebenarnya harus dikaitkan dengan kisah RAAH?

dan apa yang lebih memeranjatkan adalah kerana kita pun sebenarnya mempunyai "epic myths" yang berlaku sebelum daripada kisah dracula yang tersohor itu ( bram stoker) ?

dan ini menjadi persoalan yang boleh saya katakan "besar" iaitu....

Mengapa ianya tidak di perluaskan dan mendapat perhatian yang selayaknya?

kalau nak fikirkan....raja bersiong tu kisah dia start bila ek?

hmmm.....tua tu....

sekurang kurangnya nak juga aku tgk citer "kita" ni akan kuaar la macam interview with vampire ker.....bram stoker....nak lagi best...mebi hybrid cam underworld tu...

korang leh imagine Raah punyer fighting esok?

hehe...

- Sirna Salam

21 comments:

Rose Harissa said...

Hmm... sebab itulah aku tak suka orang terlalu menganggungkan karya luar... ada rasa nyampah.
Walhal kita pun ada pengkarya yang boleh hasilkan cerita yang bagus dari barat.
Apabila membaca siri RAAH, dalam kepala ni dah membayangkan mcm2 adegan tempur! Imaginasi di luar batasan! haha

Rose Harissa said...

Oh ya saudara Sirna Salam...
boleh tak semua illustrasi dari Zehann tu diperbesarkan atau dibuat satu link yang membolehkan kami lihat watak2 RAAH dengan lebih jelas...
terima kasih..

Zehann ur Rakhie said...

hehe ok....check email....

Rose Harissa said...

Saudara Sirna Salam...
Ya, dah check... tunggu jawapan je... :)

qunia said...

Salam,

Sudahkah RAAH Kelahiran Mufrad diulangcetak?
kalau belum, saya cadangkan apa kata kalau cetakan kedua ni dimasukkan sedikit gambarajah dan ilustrasi watak-watak dalam novel ini. Saya pasti ianya akan lebih menarik dan pembaca lebih terasa seolah-olah epik ini wujud.

fadz said...

Harap pihak penerbit dapat mengulang cetak RAAH Kelahiran Mufrad memandangkan saya susah benar mahu mencarinya di kedai sekarang!

Anonymous said...

mengenai ulangcetak tu pihak penerbit tgh buat poll samada perlu. gitulah kata mereka. poll dibuat diblog mekmulong.

Khar said...

Fuhhh cargas budak Nora nih! hehehe
Baguslah sudah ada entri.

Rose Harissa said...

alamak... kantoi sudah ngan encik Khar... hehehe

Anonymous said...

Salam sekalian,

Terimakasih kerna sudi mengunjungi blog ini. sebarang nasihat, teguran atau buah fikiran amatlah aku ni alu-alukan. Jika ada apa-apa pertanyaan atau apa-apa saja yang hendak diluahkan secara 'privacy'kat aku ni, silalah email : alrakhie@gmail.com.
Terimakasih sekali lagi atas sokongan kalian.

S@Y@NGH@SNI said...

sori ler sebab kalut sikit,
RAAH stand for what? bila ROSE kata siri ni best sangat kat blog dia, nak tau jugak camner nak dapatkan buku/cerita tu. saya ni dah lama tunggu penulis melayu yang ada imaginasi luarbiasa yang boleh tulis buku cam Harry Potter, Narnia or the ring ker?

Anonymous said...

HI NORA.. lama dah tak masuk blog awak, sejak saya menukar proffession, dah tak masuk lagi ke blog awak, hehe..gomenasai..

ok, now dah tenang sikit, baru sejam lepas saya terjumpa blog ni.. baru jer minta izin untuk pamer alamat blog ni kat Forum Cari.. uih, td sangat excited, rasa nak melompat bila tgk blog Qunia ada link ke Zehann.. tak kisah lah kalo bukan zehann, tp maknanya kat sini rata2 peminat RAAH dan Gapura, kan? so, bleh laa bg pendapat dan terutamanya kongsi keujaan, mcm kisah macamana saya memperolehi RAAH-II saya.

LAin dari yang lain..itulah keistimewaan RAAH..sbb puakanya vampire, tp cerita dalam bahasa melayu, ada lenggok gurindam lak tu, then ada cara cerita mcm hikayat hang tuah tp tak laa berat sangat (versi moden)..superb..

Gapura pulak keistimewaannya pada saya ialah 1. bahasa jalanan 2. tujuan cerita:RAHMAT

Rose Harissa said...

hi Stella... dah tukar profession? jadi apa sekarang ya? haha, jgn marah, gurau aje...
tak mengapa, saya tak marah pun kalau awak dh tak masuk lagi blog saya... blog tu bebas, tak yah bayar tol pun nak masuk...
nak kongsi keterujaan pasal karya ZuR? uihh... kalau yang ni dah tak larat nak berkongsi dah... sbb takut orang muntah darah bila baca pendapat overdosed tak sudah ni... *grin*
apa yang boleh saya katakan, kerana kelainan lenggok bahasa dan gaya menulis ZuR tu, pengetahuan yang disampaikan dalam novel2nya, ZuR adalah penulis special lagi2 ZuR pandai melukis... :)

Anonymous said...

2 Stella..

BIG TQ. Hamba sangat menghargai semangat anta.
TQ lagi.

Yusuf Nur said...

menarik dan membuat saya tertarik..kat sabah ada?

http://yusufnur.blogspot.com/

Zehann ur Rakhie said...

kpd yusuf nur, sy x pasti samada ada jual kat sabah ker tak sbb bukan saya yg distribute buku tu hehe....kalu nak tahu lebih lanjut mengenai pemasaran buku zehann tu kena la tanya Pekan ilmu haha...

tp!!

haa ada tp.....kalu nak pesan ngan sy boley....tgk kat blog tu sy ada infom stok apa yg sy ada...then follow the instruction given ..eceh....hehe

ok

sirna

Yusuf Nur said...

owh..ok2..arahan diterima.

Anonymous said...

ZuR, sbb best laa saya rekemen kat orang.. kalo x best, xkan nak rekemankan, btul x..

*malu sekejap

Anonymous said...

betul la stella..- aku pun malu kucing sekejab..sekejab je..

ano_teja said...

saya dah baca RAAH-kelahiran Mufrad minggu lepas... mmg sy amat tertarik dgn cerita tu n takjub dgn penulisnya yg pertama kali sy kenali... maaf sblum ni sy tak pernah mendengar nama ZUR ni.. n ketika sy membaca RAAH-Kelahiran Mufrad sy sendiri tertanya2 siapa ZUR... kesempatan mengunjungi KL boook air pada jumaat lepas menyebabkan sy menemui RAAH-Vamphra.. menyebabkan sy terus membelinya tanpa membaca dahulu sinopsis!! sy sebenarnya da jatuh cinta pd karya ZUR.. n sekarang sy mencari Gapura pula... hehehe hope sy akan dapat!semalam sy da berjaya habiskan Vamphra in 2 days n terus surfing ZUR.. dan ianya membawa sy ke sini... knp la lewat sy mengenali karya beliau.. anyway.. tahniah ZUR.. semoga berjaya hasilkan karya2 yang menggalakkan minda berfikir seperti ini pada masa akan datang.. ianya digilap cukup menarik n kreatif pada perkiraan sy n paling sy sallute bila ZUR mampu mengaitkan setiap peradaban dunia dengan olahan yg begitu baik... tahniah!

Unknown said...

Haha...aku lebih skew tgk citer luar lagi daripada citer Melayu bukan bermakna aku tidak menghargai karya melayu. Skrg tgh hot ngan drama TruBlod, Suprenatural dan Vampire Diaries sebab citer dey olz ni jalan citer mmg besh..aksi pun real. Kita x leh nk seka seseorang untuk tidka sukakan seseuatu kan?...hehe.

P/S : Nak cari novel ttg vampire yang dihasilkan oleh pengkarya melayu pun susah kan?...Asyik ader novel cinta jer...berlambak novel cinta melayu kat kedai2 buku. Agaknya, pengkarya melayu pikir mender tu jer dalam penghasilan karya dey olz.

Selamat Datang

Selamat Datang ke blog Zehann ur Rakhie.

Memperkatakan / membincangkan mengenai segala yang berkaitan dengan karya, dan kegiatan serta aktiviti terkini beliau dari masa ke semasa.

Sepatah dua kata dari Zehann ur Rakhie :-

Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada sekalian peminat dan pembaca karya saya. Terima kasih kepada Tuan Halim yang membenarkan saya berkongsi ilham dan kisah dan mungkin kepada lebih ramai lagi. Penghargaan saya juga kepada penulis-penulis blog yang pernah membuat ulasan-ulasan terhadap karya saya terutama kepada sdr Fadz, Khar, Rose Harissa, Stella Sakuragi, Qunia,Knew rule dll. Terima kasih kepada pengendali blog ini, sdr saya - Sirna Salam kerna membantu menjayakan blog ini dengan sokongan rakan-rakan penulis.

Sekian Terimakasih,

Zehann ur Rakhie.

Terima kasih kepada peminat dan para pemgunjung laman blog ini dan berharap akan mendapat sokongan. Secara peribadi, saya amat berharap agar karya beliau terutama R.A.A.H dapat di terbitkan dengan lebih banyak dan mungkin akan diterjemahkan ke bahasa Inggeris secepat mungkin agar ianya dapat dikongsi oleh seluruh pembaca dimana sahaja lebih-lebih lagi yang sentiasa mengikuti kisah-kisah Vampire dan cerita seram/epik.

sekian,

Sirna Salam