Saturday, January 24, 2009

JURNAL

Musim dan deria…

…Umpamanya pokok ceri ditepi bengkel balai. Selain memberi redupan, bila waktu buahnya meranum merah, ciak dan murai pun datang meneroka rezeki disitu. Kicauan mereka riuh bingit berselang terutama suara simurai. Tekukur rajin juga merayau-rayau ditanah naungannya.
Buah ceri ditepi bengkel itu ku lihat tak bermusim juga. Buahnya sentiasa ada. Cuma adakalanya biji-biji merah itu begitu menggamit pandangan namun kadangnya agak tersorok hambar tak terperasan.

Seseorang berkata : pemandangan itu selalu terkabur oleh kebiasaan. Aku kira dalam keadaan itu deria pun seakan menjadi kurang peka dan lali oleh kebiasaan itu. Rangsangan alam yang menyimbahkan segala macam tenaga bagai tak terasa. Coretan alam juga berubah. Tak berapa lama dulu hujan memanjang. Dua tiga hari ini panas berderet hari. Malam pun berpeluh.

Untuk lari sekejab dari kebiasaan itu, dua hari lepas aku ke Kuala Terengganu. Sengaja aku mencari sebab yang tertangguh utk berurusan disana. Seperjalanan itu aku singgah diRusila, menjenguk sebuah rumah yang pernah aku diami bersama keluarga Abdul Manaf selama hampir setengah tahun dulu..lama dulu. Rumah yang berdepan dengan laut itu kelihatan usang benar. Terbiar muram dan sedih. Hanya pohonan rhu dipinggir masih teguh segar. Namun redupannya pula bagai mencurah bayang melankoli rumah itu.

Ada banyak kenangan disitu. Baik benar keluarga Abdul Manaf terhadap aku. Azam...kau pun tentu akan tersengih jika mengenang sama. Kehidupan penuh advencer zaman muda. Memancing dibatu dari malam sampai kepagi. Hampir sepikul gelama dibawa balik. Aku tak pernah lagi mendapat ikan sebanyak itu selepas itu. Terjerit2 menyauk ketam dan sotong katak bersama Lily disurut pantai. Peristiwa2 yang nakal, lucu dan menyeramkan juga kembali menerjah fikiran. Teringat suatu malam tatkala pulang dari memancing bersama Azam dan tok Aki. Berjalan dalam gelap sambil bercerita, tahu-tahu tok Aki terlompat bersilat hampir terlondeh kain pelikat bila tersedar seekor ular sawa sedang melintas dikaki. Aneh juga kita boleh mengingat sesuatu yang berlaku bertahun2 dahulu tetapi kadang langsung tak ingat yang kita buat seminggu lalu (sungguh ajaib otak menyimpan apa yang perlu dan membuang apa yang tidak penting dalam kotak fikiran).

Rupa kampung Rusila sudah berubah sedikit. Banyak kedai2 baru muncul serancak rumah2 dipinggir jalan yang sedang bertukar wajah diiring getar suara sekitarnya. Kelengangan disitu kurasa sedikit susut. Mujur pantai tetap dipantai.

2 comments:

lela said...

Saudara Zehann pandai menggambarkan suasana. Saya yang membaca terpegun sambil menggambarkan keadaan dalam kotak fikiran yang cetek ilmu.

Saya suka tentang pokok ceri tu...

StellaSakuragi said...

Wow, catatan ringkas.. tp...

Selamat Datang

Selamat Datang ke blog Zehann ur Rakhie.

Memperkatakan / membincangkan mengenai segala yang berkaitan dengan karya, dan kegiatan serta aktiviti terkini beliau dari masa ke semasa.

Sepatah dua kata dari Zehann ur Rakhie :-

Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada sekalian peminat dan pembaca karya saya. Terima kasih kepada Tuan Halim yang membenarkan saya berkongsi ilham dan kisah dan mungkin kepada lebih ramai lagi. Penghargaan saya juga kepada penulis-penulis blog yang pernah membuat ulasan-ulasan terhadap karya saya terutama kepada sdr Fadz, Khar, Rose Harissa, Stella Sakuragi, Qunia,Knew rule dll. Terima kasih kepada pengendali blog ini, sdr saya - Sirna Salam kerna membantu menjayakan blog ini dengan sokongan rakan-rakan penulis.

Sekian Terimakasih,

Zehann ur Rakhie.

Terima kasih kepada peminat dan para pemgunjung laman blog ini dan berharap akan mendapat sokongan. Secara peribadi, saya amat berharap agar karya beliau terutama R.A.A.H dapat di terbitkan dengan lebih banyak dan mungkin akan diterjemahkan ke bahasa Inggeris secepat mungkin agar ianya dapat dikongsi oleh seluruh pembaca dimana sahaja lebih-lebih lagi yang sentiasa mengikuti kisah-kisah Vampire dan cerita seram/epik.

sekian,

Sirna Salam